Program Advokasi di SMK Dato Haji Adnan
21 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 20 Februari 2018, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Adnan telah diadakan program advokasi kerjasama antara PI Maxis Negeri Sembilan dan PI batang Melaka. Program Advokasi ini bermula pada jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Terdapat 3 sesi yang telah disampaikan kepada pelajar-pelajar.
Sesi pertama adalah mengenai Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia iaitu memperkenalkan kepada pelajar-pelajar mengenai PI, Kemudahan-kemudahan yang ada di PI dan perbezaan PI dengan Cyber café. Sesi kedua, ceramah advokasi mengenai Buli Siber dan website sebenarnya.my. Sesi ketiga merupakan sesi soal jawab dan kuiz kepada pelajar. Dikesempatan ini PI ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Dato Haji Adnan kerana sudi menerima kunjungan PI.
Pembelajaran yang seterusnya adalah Pengenalan kepada Microsoft Publisher yang mana adik-adik akan menghasilkan Lesson Plan. Adik-adik diberi penerangan mengenai lesson plan dan kegunaannya. Di samping itu, adik-adik turut diberi contoh cara-cara membuat lesson plan dan menghias lesson plan mereka untuk kelihatan cantik dan menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: